fbpx

Pasang tinted sendiri atau upah pakar, yang mana lebih berbaloi?

PASANG TINTED DIY UPAH PAKAR 07.jpg

Menggunakan tinted pada cermin tingkap kediaman, pejabat dan kenderaan bukan lagi pilihan yang asing untuk pengguna di Malaysia dan di dunia, apatah lagi bagi mereka yang sukakan privasi dan perlindungan jangka panjang untuk aset mereka. Bukan sekadar menapis cahaya matahari berlebihan dan berbahaya, tinted pada cermin tingkap juga menawarkan pelbagai ciri keselamatan bergantung kepada kualiti tinted yang digunakan.

Anda mungkin bertanya, adakah anda telah bersedia untuk memasang tinted pada cermin tingkap kediaman, pejabat atau kenderaan anda? Jika ya, bagaimana pula dengan bajet anda? Sekiranya bajet anda bersesuaian adakah berbaloi untuk membeli filem tinted dan memasang sendiri atau mengupah pakar untuk memasangkan tinted bagi pihak anda?

Sekiranya anda mempunyai pengalaman memasang tinted, pilihan do-it-yourself ‘DIY’ mungkin bersesuaian dengan anda. Namun sekiranya anda ingin memasang tinted buat pertama kali dan tidak pasti tentang prosesnya, pilihan untuk berunding dengan pembekal filem tinted dan mengupah mereka adalah pilihan yang terbaik.

Vort-X ingin menyenaraikan kelebihan dan kekurangan pemasangan tinted secara DIY dan pemasangan oleh pakar supaya anda dapat menilai dan memilih yang terbaik untuk anda!

Kelebihan pemasangan tinted DIY

Jimat kos

Tugas anda adalah untuk membeli filem tinted mengikut spesifikasi yang anda mahukan dengan kuantiti yang diperlukan sahaja. Anda tidak perlu berbelanja untuk membeli kit seperti pisau pemotong, pengikis dan tangga untuk cermin tingkap yang lebih tinggi, tidak perlu membayar upah kepada pihak ketiga dan hanya memerlukan masa terluang untuk membuat pemasangan tinted pada cermin tingkap. Namun, anda perlu berhati-hati dengan harga filem tinted yang terlalu murah yang dapat mengakibatkan masalah kepada cermin tingkap pada masa hadapan.

Masa dan tempat yang fleksibel

Anda boleh membuat pemasangan tinted pada bila-bila masa yang paling sesuai. Selagi anda mempunyai tempat yang teduh seperti garaj untuk pemasangan tinted pada kenderaan, anda boleh menyelesaikannya mengikut masa anda sendiri. Mungkin waktu malam adalah waktu yang lapang untuk anda, jadi apa salahnya untuk membuat pemasangan tinted pada cermin tingkap pada waktu malam!

Projek DIY = projek yang menyeronokkan!

Tidak dapat dinafikan projek DIY merupakan proses yang menyeronokkan, apatah lagi ramai yang cuba untuk membantu dalam melaksanakan aktiviti anda sehingga selesai. Apabila anda dapat melakukan dengan baik mengikut proses yang betul, anda pasti akan merasakan ianya adalah sesuatu pencapaian yang boleh dibanggakan apatah lagi memasang tinted memerlukan proses yang amat rumit. Anda dapat melaksanakan projek ini dengan rakan-rakan mahupun keluarga.

Keburukan pemasangan tinted DIY

Proses yang memerlukan penelitian

Penelitian adalah aspek terpenting apabila anda memasang tinted pada cermin tingkap. Anda harus lebih berhati-hati terhadap sebarang perincian dan mengetahui cara mengendalikan filem tinted dan alatan seperti pengikis dan pisau pemotong dengan betul. Disebabkan anda tidak mempunyai pengalaman untuk memasang tinted pada cermin tingkap, anda mungkin akan mengambil masa yang lebih lama untuk mendapatkan hasil yang ideal.

Ruang kerja yang tidak sesuai

Memasang tinted pada cermin tingkap memerlukan ruang kerja yang luas dan pencahayaan yang mencukupi. Habuk merupakan musuh utama kepada filem tinted, oleh itu pengendaliannya memerlukan ruang yang besar dan khas. Pencahayaan yang berlebihan juga boleh menyebabkan anda tidak mendapat hasil pemasangan yang diingini.

Spesifikasi filem tinted vs undang-undang

Tidak semua filem tinted memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan, contohnya daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mengeluarkan garis panduan pemasangan filem tinted pada kenderaan.

@vortx.malaysia Jangan gabra kalau dah guna ‘tinted’ spec JPJ. Kalau nak selamat kena guna tinted #VortX. Baru hati tenang! #VortXMalaysia #fyp ♬ bunyi asal – Vort-X – High Performance Film

Pastikan anda mengetahui peratus ketelusan cahaya yang telah ditetapkan oleh undang-undang sebelum membeli filem tinted agar anda tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Kebaikan pemasangan tinted oleh pakar

Jurupasang yang berpengalaman

Jurupasang yang profesional di Vort-X mempunyai kelengkapan yang mencukupi seperti pisau pemotong, pengikis, kain pembersih dan pelbagai alatan lain yang bersesuaian dengan tugasan mereka. Peralatan yang mencukupi dan ditambah dengan pengalaman mengendalikan pelbagai jenis cermin tingkap akan menjadikan kerja pemasangan tinted akan menjadi lebih cepat dan teliti seterusnya memberikan hasil yang lebih baik berbanding anda melakukannya sendiri.

Jaminan kualiti pemasangan

Jenama yang mempunyai reputasi tinggi seperti Vort-X menawarkan jaminan kualiti pemasangan tinted pada cermin tingkap di kediaman, pejabat dan kenderaan untuk beberapa tempoh mengikut jenis filem tinted yang dipilih. Sekiranya terdapat masalah yang dihadapi sepanjang tempoh jaminan, jurupasang boleh membuat semakan dan menggantikan dengan filem tinted yang baharu sekiranya terdapat masalah. Anda tidak perlu risau sekiranya anda memilih untuk membuat pemasangan dengan jurupasang yang berpengalaman dan jenama filem tinted yang dipercayai.

Lebih selamat dari segi undang-undang

Pematuhan undang-undang dan keselamatan adalah faktor terpenting sesebuah jenama filem tinted. Di Vort-X, anda akan diterangkan secara terperinci oleh pasukan kami berkenaan spesifikasi produk dan harga yang ditawarkan. Pemasangan tinted mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan adalah amat penting bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang, dan anda dapat menggunakan filem tinted dengan hati yang gembira.

Keburukan pemasangan tinted oleh pakar

Jurupasang kurang berpengalaman

Terdapat banyak isu yang timbul akibat sikap pengguna yang mencari jurupasang dengan upah yang murah dan tidak berpengalaman. Pemasangan filem secara sambil lewa oleh jurupasang seperti ini boleh menyebabkan pelbagai permasalahan yang akan timbul seperti kerosakan pada aksesori-aksesori lain dan berlaku kerosakan pada cermin. Pilih jurupasang yang berpengalaman daripada jenama yang berpengalaman seperti Vort-X untuk mengekalkan kondisi terbaik.

Kos yang tinggi

Harga yang tinggi bukan bermakna kualiti kerja akan menjadi lebih tinggi disebabkan permintaan pemasangan filem tinted pada cermin tingkap rumah, pejabat mahupun kenderaan yang amat tinggi. Namun dengan pemilihan jenama yang tepat akan menjadikan kos yang tinggi adalah amat berbaloi dengan kualiti kerja jurupasang dan kualiti filem tinted yang anda pilih. Semakin tinggi spesifikasi filem tinted yang anda pilih, kualiti jurupasang untuk membuat pemasangan adalah lebih teliti.

Kualiti filem tinted yang tidak dapat terkawal

Jenama filem tinted yang berbeza menawarkan spesifikasi filem tinted yang berbeza. Sekiranya anda mempunyai sebarang spesifikasi yang anda inginkan, perbincangan bersama pekedai adalah amat digalakkan bagi memberikan kepuasan kepada keperluan anda. Berbincang dengan pasukan kami di Vort-X, kerana kami sedia membantu untuk menyelesaikan masalah anda.

Cari jurupasang yang bertauliah dan berpengalaman

Di Vort-X, selain produk filem tinted yang berkualiti kami juga menawarkan jurupasang yang berpengalaman bagi memastikan kepuasan pelanggan. Whatsapp kami sekarang untuk pra-tempah dan konsultasi.

 

Book an appointment now!
Vort-X appreciates your interest with us. Feel free to say hello at our Whatsapp now!