5 sebab perlu pasang tinted di cermin tingkap rumah anda!

5 SEBAB PERLU PASANG TINTED DI CERMIN TINGKAP RUMAH ANDA.jpg

Kediaman anda adalah syurga anda bersama keluarga tersayang. Anda inginkan rumah anda kelihatan cantik, bersih dan selamat dengan melakukan pelbagai pengubahsuaian pada hiasan dalaman mengikut citarasa anda. Anda juga memilih untuk memasang sistem keselamatan yang canggih bagi mengawal privasi di dalam dan di luar rumah.

Namun begitu, tahukah anda pemasangan tinted pada cermin tingkap kediaman anda juga merupakan satu idea yang amat baik bagi memastikan anda menikmati kualiti kediaman yang terbaik. Vort-X ingin senaraikan kepada anda 5 sebab mengapa anda perlu fikirkan untuk memasang tinted pada cermin tingkap di kediaman anda!

Perlindungan daripada silau dan sinaran UV

Apabila anda berada di rumah, anda tidak mahu diganggu dengan silau daripada cahaya matahari yang boleh mengganggu anda untuk menonton televisyen atau bermain permainan komputer. Tambahan lagi, kesan silau juga amat menyukarkan anda untuk kekal fokus dan menyebabkan mata anda menjadi lebih letih dan sakit kepala.

Memasang tinted pada cermin tingkap di kediaman anda adalah cara terbaik untuk mengurangkan silau pada hari yang cerah. Tambahan lagi, sinaran UV yang masuk ke dalam kediaman dapat ditapis melalui filem tinted yang dipasang pada cermin tingkap dan mengurangkan risiko penyakit kulit seperti barah kulit.

Terdapat filem tinted yang mampu menghalang 99 peratus sinaran UV, seperti produk-produk dari Vort-X. Tidak perlu risau terhadap cahaya matahari yang masuk ke dalam ruang rumah anda dan duduk dengan selesa tanpa haba yang melampau.

Mengekalkan suhu optimum kediaman

Apabila anda menggunakan filem tinted pada cermin tingkap kediaman, anda akan mendapati suhu ruang dalaman rumah anda akan menjadi lebih rendah. Keadaan ini disebabkan filem tinted telah mengurangkan haba masuk ke dalam ruang dalaman kediaman, seterusnya mewujudkan kediaman yang lebih redup dan sejuk.

Sekiranya anda mempunyai bilik yang terlindung dari cahaya matahari, bilik anda akan menjadi lebih sejuk dengan penggunaan filem tinted. Anda akan mendapati penggunaan pendingin hawa dan kipas akan berkurangan.

Meningkatkan keselamatan kediaman

Sekiranya anda mempunyai kediaman yang terletak di lokasi-lokasi tumpuan seperti di jalan utama, persimpangan jalan mahupun apartment dan kondominium mewah, anda pastinya terdedah dengan pandangan orang ramai dari luar yang boleh melihat aktiviti anda di dalam rumah. Privasi anda mungkin terganggu dan anda tidak lagi merasa bebas tinggal di kediaman anda sendiri.

Anda juga harus memikirkan berkaitan keselamatan barangan yang terdapat dalam kediaman anda. Barangan berharga seperti aksesori-aksesori mahal juga mudah dilihat oleh orang lain menerusi cermin tingkap yang tidak dipasang filem tinted.

Dengan memasang filem tinted di cermin tingkap kediaman anda, anda dapat melindungi diri dan keluarga daripada dilihat oleh orang asing. Semua aktiviti yang anda ingin lakukan dapat dibuat dengan rasa selamat, serta dapat memastikan tiada yang dapat melihat barangan yang berada di dalam rumah.

Penyelenggaraan minimum pada cermin tingkap

Terdapat pelbagai aksesori yang terdapat pada sesebuah kediaman, namun filem tinted pada cermin tingkap merupakan antara aksesori yang memerlukan penyelenggaraan yang minimum daripada pemilik rumah. Pemilik rumah hanya perlu menggunakan kain yang bersesuaian untuk membersihkan cermin tingkap untuk memastikan tahap kebersihan yang maksimum.

Filem tinted bukan sahaja tahan calar, tetapi filem tinted juga kalis air. Pemilik kediaman tidak perlu risau dengan kesan-kesan kotoran seperti cap jari yang akan memberi bekas yang sukar ditanggalkan, seterusnya menjimatkan masa untuk membuat pembersihan berkala.

Lebih jimat wang

Anda pasti sukakan penjimatan wang, lebih-lebih lagi apabila penjimatan wang itu datang daripada kediaman anda sendiri.

Penggunaan kipas dengan kelajuan yang tinggi, atau menetapkan penghawa dingin ke suhu yang rendah akan menyebabkan bil elektrik anda berkemungkinan meningkat naik. Lebih membimbangkan lagi apabila peralatan elektrik anda yang tidak cekap tenaga akan meningkatkan keperluan elektrik di kediaman anda.

Dengan menggunakan filem tinted di kediaman anda, anda akan mengurangkan penggunaan elektrik di rumah dan jumlah bil elektrik setiap bulan juga akan menurun. Penggunaan barangan elektrik yang tinggi di kediaman juga menyumbang peratusan tinggi kepada pelepasan rumah hijau, jadi filem tinted mampu untuk mengubah kediaman menjadi mesra alam sekitar.

Vort-X sedia membantu anda untuk memberi konsultasi pemasangan tinted pada kediaman, pejabat dan kenderaan anda. Bertindak sekarang untuk keselesaan keluarga tersayang, hubungi kami menerusi Whatsapp dan pasukan kami sedia melayani anda.

 

Book an appointment now!
Vort-X appreciates your interest with us. Feel free to say hello at our Whatsapp now!