Pasang bidai atau pasang tinted di rumah? Ini yang perlu anda tahu!

PASANG BIDAI ATAU PASANG TINTED DI RUMAH.jpg

Rumah anda bukan sekadar sebuah kediaman, tetapi tempat untuk anda meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Menjadi impian untuk dapat melihat pemandangan yang indah setiap pagi, meluangkan masa untuk minum petang bersama pasangan mahupun menghirup udara segar di laman rumah anda. Namun, dengan pancaran cahaya matahari anda pastinya memerlukan pelindungan daripada rasa hangat yang berterusan dari cermin tingkap anda.

Bagaimana pula dengan privasi anda tanpa apa-apa perlindungan pada cermin tingkap anda? Anda pastinya terganggu dengan orang yang lalu lalang mahupun jiran anda yang dapat memerhatikan aktiviti anda dari dalam rumah.

Pelbagai pilihan tersedia di pasaran untuk memberikan pelindungan di cermin tingkap. Dua pilihan popular yang digunakan adalah dengan memasang bidai atau memasang tinted di cermin tingkap. Kedua-dua pilihan mempunyai kelebihan dan kekurangan. Vort-X ingin berkongsi kebaikan dan kelemahan penggunaan bidai dan tinted di rumah, dan anda nilaikan sendiri!

Pantulan haba

Menggunakan bidai – Penggunaan bidai dapat menghalang cahaya matahari masuk dalam jangka masa pendek. Namun begitu, penggunaan bidai tidak dapat menangkis haba secara optimum kerana bidai akan menyerap haba daripada cahaya matahari secara berterusan dan menyebabkan peningkatan suhu secara perlahan-lahan.

Pemasangan tinted – Penggunaan tinted yang berkualiti akan menyebabkan haba daripada pancaran cahaya matahari dapat diserap lebih rendah dan dapat dipantulkan semula bagi mengekalkan suhu bilik yang lebih rendah.

Silau cahaya matahari

Menggunakan bidai – Penggunaan bidai sangat membantu untuk meminimumkan kesan berbahaya daripada terik dan silau cahaya matahari. Namun begitu, pemasangan bidai akan menjadikan anda juga menapis cahaya semula jadi untuk masuk ke dalam kediaman.

Pemasangan tinted – Fungsi tinted adalah untuk menyaring cahaya matahari yang boleh menyebabkan kesan jangka panjang terhadap kesihatan diri dan perabot di kediaman anda. Tapisan menerusi tinted ini akan menjadikan hanya cahaya semula jadi sahaja yang dapat masuk ke dalam tingkap, menjadikan kediaman anda menerima cahaya yang sepatutnya.

Perlindungan daripada Sinaran UV

Menggunakan bidai – Sinaran UV boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti barah kulit serta memendekkan hayat perabot, fabrik dan lantai. Tiada fakta saintifik yang menyatakan penggunaan bidai dapat memberikan perlindungan terhadap sinar UV.

Pemasangan tinted – Menerusi pemasangan tinted di kediaman anda, tinted dapat menapis Sinaran UV sehingga 99 peratus dan membenarkan cahaya semula jadi masuk ke dalam rumah.

Privasi

Menggunakan bidai – Bidai dapat memberikan privasi yang baik kepada pemilik kediaman. Namun penglihatan pemilik kediaman ke luar daripada tingkap akan terbatas apabila menggunakan jenis-jenis bidai yang tidak boleh dilaras.

Pemasangan tinted – Filem tinted didatangkan dalam pelbagai jenis warna dan keperluan pemilik rumah yang bersesuaian. Filem tinted bukan sahaja membenarkan cahaya masuk tetapi mengekalkan privasi anda dalam masa yang sama.

Keselamatan terhadap cermin pecah

Menggunakan bidai – Serpihan kaca-kaca kecil yang jatuh kesan daripada cermin pecah tidak dapat dihalang dengan penggunaan bidai.

Pemasangan tinted – Filem tinted bersifat kuat kerana mempunyai lapisan keselamatan. Apabila cermin mempunyai hentakan yang kuat, kesan serpihan terhadap cermin pecah adalah minimum dan lebih selamat untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.

Kebersihan

Menggunakan bidai – Kotoran seperti habuk mudah terkumpul pada bidai. Anda perlu untuk lebih kerap membersihkan bidai dan pembersihan mungkin memakan masa yang lama bergantung kepada rekaan bidai tersebut.

Pemasangan tinted – Hanya dengan menggunakan kain biasa untuk mengelap cermin yang telah dipasang dengan tinted. Anda tidak memerlukan masa penyelenggaraan yang lama.

Cekap tenaga

Menggunakan bidai – Bidai dapat menyekat cahaya matahari daripada memasuki rumah, namun haba akan tetap menyerap pada bidai dan meningkatkan suhu di kediaman anda. Apabila haba yang terdapat di rumah anda adalah tinggi, anda akan menggunakan alat penyaman udara atau kipas dengan lebih kerap menjadikan bil utiliti menjadi lebih tinggi.

Pemasangan tinted – Cahaya yang memasuki rumah anda adalah cahaya semula jadi yang menjadikan haba lebih rendah. Suhu di dalam kediaman anda akan menjadi lebih rendah menyebabkan persekitaran yang lebih cekap tenaga.

Kos pemasangan

Menggunakan bidai – Bidai tingkap mempunyai kategori harga sederhana sehingga tinggi. Anda boleh memasangkannya sendiri atau meminta pakar untuk memasangkannya.

Pemasangan tinted – Filem tinted mempunyai kategori harga rendah sehingga harga premium, bergantung kepada kualiti yang anda mahukan. Pemasangan daripada pakar adalah amat disarankan bagi menjamin kualiti pemasangan.

Gaya dan rekaan

Menggunakan bidai – Bidai dapat dikategorikan sebagai hiasan dalaman yang dapat membangkitkan rasa dan mood penghuni kediaman. Pelbagai pilihan rekaan dan warna yang boleh didapati di pasaran untuk menggabungkan gaya dan citarasa anda.

Pemasangan tinted – Filem tinted didatangkan dengan pelbagai warna dan fungsi yang dapat memenuhi keperluan gaya dan privasi kediaman. Sekiranya anda memilih untuk meningkatkan privasi kediaman dan ingin menggayakan rumah anda dalam gaya minimalis, filem tinted dapat membantu anda merealisasikan idea anda.

Kesimpulan

Peranan asas bagi penggunaan bidai atau pemasangan tinted adalah sama, iaitu bagi menangkis cahaya matahari secara terus masuk ke dalam kediaman anda. Namun, anda harus mengenalpasti keperluan sebenar untuk jangka masa panjang seperti tahap kesihatan anda dan jangka hayat hiasan dalaman kediaman agar anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi pada masa hadapan.

Vort-X ingin membantu anda untuk pemasangan tinted di kediaman dan pejabat anda. Hubungi kami untuk konsultasi bersama kami!

 

Book an appointment now!
Vort-X appreciates your interest with us. Feel free to say hello at our Whatsapp now!