Masjid dan surau merupakan tempat ibadah bagi umat Islam yang terdapat di sesebuah komuniti. Tidak lagi hanya menjadi lokasi untuk menunaikan solat fardu dan aktiviti-aktiviti keagamaan, tetapi fungsi masjid dan surau telah menjadi lebih luas dengan adanya aktiviti komuniti setempat dan urusan berjual beli.
Peranan masjid dan surau yang lebih besar memerlukan peranan pengurusan masjid dan surau untuk memastikan keselesaan dan keselamatan jemaah yang hadir. Vort-X ingin senaraikan lima kelebihan memasang ‘tinted’ pada cermin masjid dan surau anda, daripada aspek keselesaan dan keselamatan para jemaah anda.
Mengurangkan haba panas masuk ke dalam ruang dalaman
Masjid dan surau yang baik akan berfungsi sebagai sebuah tempat ibadah yang mementingkan keselesaan jemaahnya. Pengurusan masjid dan surau akan memastikan tempat wuduk yang berfungsi, ruang ibadah yang selesa, alat pembesar suara yang baik agar para jemaah dapat memanfaatkan setiap masa mereka dengan beribadah.
Orang ramai yang beriktikaf dan beribadah akan menjadi lebih selesa apabila suhu ruang dalaman masjid dan surau lebih rendah. Dengan menggunakan filem penapis haba di masjid dan surau, kurangnya cahaya langsung yang akan masuk ke dalam ruang dalaman akan menjadikan haba menjadi lebih rendah.
Menjaga privasi jemaah masjid
Jemaah wanita yang ingin beribadah di masjid dan surau selalunya berhadapan dengan masalah ruang ibadah yang kecil dan kurangnya privasi untuk mereka seperti menggantikan pakaian dengan telekung dan membuat solekan selepas selesai beribadah. Kekurangan ini dapat mengganggu konsentrasi jemaah disebabkan situasi seperti aurat terbuka dan pandangan orang ramai terutamanya jemaah lelaki.
Memasang filem penapis jenis ‘frosted tinted film’ berupaya untuk menghalang pandangan orang ramai ke kawasan yang dikhaskan untuk wanita, terutamanya ruang ibadah. Jemaah wanita lebih bebas untuk melakukan aktiviti di ruang yang disediakan tanpa gangguan orang lain.
Menjaga keselamatan harta benda masjid
Terdapat masjid dan surau yang ada di Malaysia mempunyai pengawal keselamatan dan dijaga 24 jam sehari. Kebanyakan masjid dan surau juga dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawal pergerakan keluar masuk jemaah. Namun begitu, adakah langkah keselamatan dengan kos yang tinggi ini mampu membantu untuk menghalang pencuri dari mengambil harta benda di dalam masjid?
Dengan spesifikasi filem penapis haba ‘tinted’ yang tepat mampu untuk menghalang pandangan pencuri daripada melihat ruang dalaman masjid dan surau seperti bilik-bilik khas untuk pegawai masjid, seterusnya menyukarkan mereka untuk menyasarkan barangan-barangan tertentu dan berharga.
Terdapat juga kemungkinan cermin tingkap yang pecah disebabkan dihentak oleh objek keras dan tajam sehingga dapat membahayakan jemaah yang lain. Filem penapis haba yang dipasang pada cermin tingkap mampu mengurangkan impak cermin yang pecah dan mengurangkan serpihan kaca yang berbahaya kepada orang ramai.
Memudahkan penyelenggaraan cermin
Bagi mereka yang mengendalikan tugas pembersihan masjid, antara tempat yang sering memerangkap habuk dan kotoran yang perlu diambil perhatian adalah pada cermin tingkap. Membersihkan cermin tingkap akan menjadi lebih sukar apabila cermin tingkap juga menggunakan bidai atau langsir.
Cermin tingkap yang dipasang dengan filem penapis haba diyakini mudah untuk dibersihkan berbanding memasang langsir dan bidai. Dengan menggunakan peralatan yang bersesuaian, tugas membersihkan cermin tingkap akan menjadi lebih cepat.
Vort-X telah menyenaraikan kebaikan dan kelemahan pemasangan bidai dan filem penapis haba menerusi artikel sebelum ini di sini.
Menjimatkan bil elektrik
Dalam usaha bagi mengurangkan perbelanjaan bulanan masjid dan surau, salah satu cara yang efektif adalah dengan menjimatkan penggunaan elektrik.
Selain daripada memperingatkan kepada jemaah yang hadir untuk menggunakan elektrik dengan berhemah, pemasangan filem penapis haba akan membantu jemaah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pendingin hawa yang dipasang pada suhu yang rendah. Penggunaan suhu optimum yang ditetapkan pada pendingin hawa akan menjadikan kuasa elektrik yang digunakan lebih rendah, seterusnya menjimatkan bil elektrik.
Vort-X telah senaraikan lima kebaikan untuk ‘tinted’ masjid dan surau anda. Vort-X berpengalaman dalam membuat pemasangan filem penapis haba di masjid dan surau, dan kami bersedia membantu anda dan organisasi untuk memasang filem penapis haba di tempat anda. Hubungi kami sekarang untuk konsultasi pemasangan filem penapis haba.