fbpx

Faktor-faktor memilih tinted dengan betul, jangan sampai menyesal!

FAKTOR FAKTOR MEMILIH TINTED DENGAN BETUL JANGAN SAMPAI MENYESAL.jpg

Pemilihan tinted untuk perlindungan daripada cahaya matahari bagi kediaman, pejabat dan kenderaan adalah amat popular pada masa kini. Walaupun terdapat pilihan lain seperti memasang bidai, tinted adalah lebih diyakini disebabkan faktor harga dan fungsi yang lebih baik.

Namun, apabila terlalu banyak jenama tinted yang anda dapati menerusi media sosial dan enjin carian seperti Google, apa pula faktor-faktor untuk memilih tinted supaya anda tidak akan menyesal di kemudian hari?

Vort-X senaraikan empat faktor asas untuk anda membuat pertimbangan.

Mempunyai ciri pelindungan terbaik

Fungsi tinted adalah untuk melindungi pengguna daripada cahaya matahari secara terus. Pastikan anda memilih tinted yang mempunyai ciri perlindungan terbaik seperti perlindungan Ultra Violet (UV) dan dapat menapis haba secara optimum. Menerusi teknologi terkini, anda juga boleh mendapatkan tinted yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria yang mampu menjamin kesihatan pengguna.

Selain daripada UV, terdapat pelbagai istilah lain seperti VLT dan IR untuk anda ketahui. Anda boleh membaca perincian istilah-istilah ini di artikel ini.

Vort-X sentiasa menyarankan kepada anda untuk membuat kajian dan meneliti jenis-jenis tinted yang ada di pasaran kerana terdapat tinted yang tidak mempunyai ciri-ciri pelindungan yang anda perlukan menyebabkan tinted mungkin hanya menjadi aksesori yang merugikan wang anda. Sekiranya anda memerlukan panduan daripada pakar, Vort-X sedia membantu menerusi Whatsapp dan media sosial.

Menjimatkan elektrik dan bahan api

Mungkin ramai yang tidak menyedari, terdapat perkaitan di antara pemasangan tinted pada kediaman, pejabat dan kenderaan anda dengan penjimatan elektrik dan bahan api.

Tinted yang mempunyai kualiti akan dapat mengurangkan sinaran cahaya matahari daripada menembusi cermin. Menerusi cahaya yang minima, ruang di kediaman, pejabat dan kenderaan akan menjadi lebih sejuk menyebabkan anda tidak perlu menggunakan kipas atau pendingin hawa dengan lebih kerap.

Jenama yang dipercayai

Terdapat pelbagai jenama tinted yang terdapat di pasaran. Ada yang menawarkan harga yang rendah tanpa mengetahui kualiti jenama dan reputasi yang terdapat pada produk tinted tersebut. Hasilnya, tinted yang digunakan tidak tahan lama dan merugikan wang anda.

Jenama tinted yang bagus bukan sahaja dikenali, tetapi pada masa yang sama mementingkan kualiti. Terdapat pelbagai jenama tinted seperti Vort-X telah melalui ujian-ujian makmal dan mendapat pensijilan SIRIM dan SGS bagi memberikan keyakinan kepada pengguna.

Buat sedikit kajian berkaitan jenama-jenama tinted yang ada di pasaran dengan mencari di Google atau media sosial bagi melihat ulasan pengguna lain bagi mengetahui kualiti tinted tersebut.

Jaminan pelanggan

Jenama tinted yang dipercayai tidak akan berkompromi dengan kualiti dan kepercayaan pelanggan. Salah satu daripada perkhidmatan yang ditawarkan adalah jaminan kualiti untuk pemasangan tinted.

Sekiranya anda mempunyai masalah dengan tinted di kediaman, pejabat dan kenderaan anda, jaminan perlindungan akan membantu anda untuk mendapatkan gantian. Terdapat jaminan perlindungan sehingga 10 tahun untuk memberikan kepuasan penggunaan kepada pelanggan.

Kesimpulan

Semua jenis tinted mempunyai fungsi asas yang sama seperti membantu melindungi sinaran cahaya matahari dan mengurangkan suhu pada ruang. Namun yang membezakan setiap jenis tinted adalah daripada segi kadar keberkesanan dan harga.

Anda perlu membuat pilihan bijak dengan melihat kriteria-kriteria di atas bagi memberikan kepuasan dalam jangka masa panjang serta nilai wang yang lebih berbaloi. Vort-X sedia membantu anda untuk pemasangan tinted di kediaman, pejabat dan kenderaan anda sepanjang masa.

 

Book an appointment now!
Vort-X appreciates your interest with us. Feel free to say hello at our Whatsapp now!