fbpx

5 kesalahan semasa membersihkan cermin dengan filem tinted

Kesalahan membersihkan cermin filem tinted scaled.jpg

Selepas anda membuat pemasangan filem penapis haba di rumah, tugas anda seterusnya adalah untuk memastikan keadaan cermin di rumah anda kekal baik untuk jangka masa panjang dengan membuat penyelenggaraan berkala. Kerja untuk membersihkan cermin mungkin dilihat amat mudah, tetapi ramai yang melakukan kesalahan-kesalahan yang kecil sehingga boleh mengganggu kualiti filem penapis haba yang dipasang di cermin tingkap anda.

Vort-X ingin menyenaraikan 5 kesalahan semasa membersihkan cermin yang telah dipasang filem penapis haba dan solusi yang bersesuaian agar anda tidak membuat sebarang kesilapan yang akan merugikan poket anda.

Teknik pembersihan yang salah

Sesetengah orang akan membuat pembersihan cermin daripada bawah dan menggunakan tangga untuk membuat pembersihan di tempat yang lebih tinggi. Teknik pembersihan sebegini akan menjadikan masa yang diambil akan menjadi lebih lama disebabkan cecair pencuci akan mengalir ke bawah dan meninggalkan kesan pada bahagian yang telah dibersihkan pada awalnya.

Vort-X menasihatkan anda untuk membersihkan cermin pada bahagian atas terlebih dahulu, kemudian membersihkan di bahagian bawah. Ini bagi memastikan titisan cecair yang mengalir ke bawah juga dapat dicuci tanpa meninggalkan kesan. Gunakan peralatan yang sesuai sekiranya tidak mahu menggunakan tangga seperti mop boleh laras.

Penggunaan jenis kain yang salah

Apabila anda membuat pembersihan cermin, anda tidak mahu kotoran seperti habuk dan bendasing mengganggu pandangan anda. Menggunakan kain biasa seperti kain jenis cotton akan meninggalkan bebenang halus yang mungkin tidak anda gemari. Cermin anda mungkin kelihatan bersih dari kotoran, tetapi kesan pembersihan akan tetap kelihatan.

Cara yang terbaik adalah menggunakan kain jenis mikrofiber bagi membersihkan cermin. Bukan sahaja mampu menanggalkan kotoran, tetapi mampu memberi kelegaan kepada anda.

Menggunakan ammonia sebagai bahan pencuci

Penggunaan ammonia dalam bahan pencuci adalah suatu kebiasaan. Terdapat pada bahan pencuci untuk dapur dan bilik air, ammonia juga mudah didapati pada dalam bentuk cecair bagi membersihkan cermin. Sekiranya cermin anda tidak dipasang dengan filem penapis haba, penggunaan ammonia tidak menjadi masalah. Namun, elakkan penggunaan ammonia untuk membersihkan cermin yang telah dipasang dengan filem penapis cahaya bagi menjamin kualiti dan ketahanan.

Menggunakan peralatan yang tajam

Penggunaan peralatan yang boleh merosakkan filem penapis haba seperti pisau atau pencungkil mata tirus adalah amat tidak digalakkan disebabkan ia dapat menjejaskan keadaan filem seperti filem cepat koyak dan calar. Gunakan peralatan yang mempunyai mata yang lembut seperti putik kapas dan bilah penolak air yang berasaskan getah.

Tergesa-gesa untuk cepat siap

Kerja membersihkan cermin hanyalah sebagai satu rutin sampingan jika dibandingkan dengan mengemop lantai, menyapu sampah, membersihkan dapur atau membersihkan halaman rumah. Anda akan cuba untuk menyiapkan tugasan ini secepat mungkin bagi memfokuskan pembersihan kawasan rumah. Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya anda tidak melakukan tugasan pembersihan cermin secara tergesa-gesa dan mengambil sedikit masa untuk meneliti setiap ruang cermin anda.

Semasa anda membuat pembersihan cermin, gosok permukaan cermin pada kadar separa tekanan tinggi. Sekiranya terdapat kotoran yang susah untuk ditanggalkan, gunakan peralatan yang bersesuaian.

Jadikan aktiviti membersihkan cermin sebagai aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga untuk memastikan cermin berada dalam keadaan yang bersih. Cermin kediaman anda juga perlukan nafas baharu, apa kata Vort-X bantu untuk meningkatkan nilai cermin anda dengan pemasangan filem penapis haba. Hubungi kami sekarang untuk info lanjut!

 

Book an appointment now!
Vort-X appreciates your interest with us. Feel free to say hello at our Whatsapp now!