Sekiranya anda baru membaca artikel ini dan telah memasang tinted pada kenderaan anda, Vort-X ingin mengucapkan tahniah kerana telah membuat pilihan yang bijak untuk jangka masa panjang. Jika anda masih belum memasang tinted, Vort-X sedia membantu anda.
Hubungi kami sekarang untuk sesi konsultasi pemasangan tinted kereta anda bersama Vort-X.
Jika anda mahu tinted kereta anda kelihatan sempurna, perkara yang anda lakukan pada beberapa hari pertama selepas pemasangan adalah amat penting. Walaupun pelbagai jenama seperti Vort-X mempunyai kualiti dan ketahanan yang terbaik, namun kualitinya mungkin akan menurun sekiranya pemilik kenderaan melakukan kesilapan semasa mengendalikan filem tinted yang baru dipasang.
Vort-X ingin kongsikan empat perkara yang anda perlu lakukan selepas tinted kenderaan anda supaya anda akan mendapat pengalaman penggunaan filem tinted yang lebih baik.
Tidak perlu cuci kereta segera
Filem tinted dipasang di bahagian dalam kenderaan, oleh itu anda tidak perlu risau sekiranya anda memandu di kawasan yang penuh kotoran dan debu. Walau bagaimanapun, mencuci tingkap tersebut selepas memasang filem tinted seperti mengelap dengan kain atau menjirus air secara terus ke bahagian cermin boleh menambah kelembapan yang boleh menjejaskan proses pengeringan.
Biarkan filem tinted kering
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan perlindungan yang maksimum apabila menggunakan filem tinted, kesabaran adalah amat penting kerana filem tinted memerlukan sedikit masa untuk kering dan diaplikasikan dengan sempurna pada cermin kenderaan anda. Biarkan kenderaan anda mendapat cahaya matahari bagi mempercepatkan proses pengeringan.
Ambil masa dengan gelembung udara
Ketakutan kepada gelembung udara pada filem tinted adalah kebiasaan kepada setiap pemilik kenderaan yang baru memasang filem tinted. Terdapat beberapa sebab gelembung udara terjadi seperti penggunaan filem tinted yang murah dan tidak berkualiti yang akan menyebabkan kerosakan kepada filem tinted. Namun dengan teknologi dan kualiti filem tinted yang berada di pasaran pada hari ini, filem tinted yang mempunyai gelembung udara mempunyai kemungkinan disebabkan oleh kelembapan dan akan tersejat dalam beberapa hari.
Ambil sedikit masa untuk melihat gelembung udara tersebut dalam beberapa hari dan kesan gelembung akan hilang. Sekiranya tiada tanda-tanda gelembung udara akan hilang, hubungi pihak yang memasang filem tinted anda.
Jangan turunkan tingkap kenderaan
Jurupasang profesional dan berpengalaman mengesyorkan pemilik kereta untuk menunggu kira-kira tiga hingga empat hari selepas pemasangan filem tinted. Anda mungkin akan mendapati filem tinted mengering dalam tempoh 24 jam sahaja, namun ia tidak bermakna filem tinted akan berfungsi dengan baik pada semua jenis kaca. Menurunkan tingkap kenderaan boleh menyebabkan filem tinted menjadi menggelupas dan kelihatan tidak sempurna lagi.