fbpx

5 persiapan keluarga sambut Ramadan dan Hari Raya!

5 PERSIAPAN KELUARGA SAMBUT RAMADAN HARI RAYA scaled.jpg

Bersedia ataupun tidak, bulan kesembilan dan bulan kesepuluh dalam takwim Hijrah akan tiba menemui umat Islam, iaitu bulan Ramadan dan Syawal. Ibadah berpuasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan amat meriah di Malaysia, bertepatan dengan turunnya keberkatan dan kerahmatan pada bulan-bulan tersebut.

Sebagaimana kita melihat hikmah dan ganjaran yang diberikan atas ibadah yang dilakukan pada bulan Ramadan dan Syawal, persiapan sebagai sebuah keluarga juga amat penting agar amalan yang kita lakukan akan berterusan sehingga bulan-bulan yang seterusnya. Vort-X ingin berkongsi 5 persiapan penting keluarga untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya pada tahun ini.

Membersih dan menghias rumah

Menyambut Ramadan dan Syawal samalah seperti menyambut kehadiran saudara mara dan rakan-rakan yang telah lama tidak berjumpa. Rumah perlu kelihatan cantik dan indah bagi meraikan tetamu yang datang.

Ajak ahli keluarga untuk menjalankan tugas-tugas membersih seperti mengemop dan menyapu lantai, mengemas ruang tamu, membersihkan bilik tidur, mencuci tandas dan membersihkan cermin tingkap.

Sekiranya rumah inginkan transformasi, apa kata untuk berbelanja sedikit dengan memasang lampu berwarna warni di luar rumah, membuat susunan semula perabot di dalam rumah ataupun memasang filem penapis haba bagi tujuan privasi keluarga.

Sediakan kelengkapan lebih awal

Kelengkapan untuk menempuhi bulan Ramadan dan Syawal perlu disiapkan sesegera mungkin supaya tidak mengganggu ibadah, terutamanya pada 10 malam yang terakhir pada bulan Ramadan.

Rancanglah persiapan menyambut Aidilfitri dengan lebih awal seperti menyediakan baju baru, perabot baru, kuih raya mahupun ingin memasang filem penapis haba ‘tinted’ di rumah agar tiada kelengkapan yang tercicir sebelum menyambut Aidilfitri nanti.

Menjaga kesihatan diri dan keluarga

Berpuasa dan berhari raya memerlukan persediaan rohani dan jasmani pada diri seseorang. Cuaca yang tidak menentu seperti panas melampau dapat memberi impak negatif terhadap tubuh badan, apatah lagi terdedah dengan cuaca panas yang terlalu lama. Sinaran UV pula dapat memberi impak kronik kepada kulit, mata dan sistem imun.

Berlatihlah untuk berpuasa pada bulan-bulan sebelum Ramadan agar tubuh badan dapat menyesuaikan diri untuk dengan keadaan cuaca yang tidak menentu serta mendorong jiwa untuk beribadah dengan lebih khusyuk dan fokus. Lazimi untuk kekal positif dan berada di dalam kawasan rumah sekiranya tiada urusan yang penting.

Perlindungan daripada sinaran UV yang berpanjangan boleh dielakkan dengan pemasangan filem penapis haba di rumah, pejabat dan kenderaan.

Wujudkan suasana ibadah

Bagi kediaman yang belum mempunyai ruang ibadah yang khusus, inilah masanya untuk merangka suatu ruang ibadah bersama keluarga. Ruang ibadah untuk keluarga tidak memerlukan ruang yang besar seperti bilik khas, tetapi cukup dengan penyediaan sejadah, telekung, Al-Quran dan rehal yang akan berfungsi sebagai ruang bagi keluarga berkumpul.

Lebih menarik lagi sekiranya ruang ibadah anda sentiasa berada dalam keadaan yang wangi dan dipasang dengan ayat-ayat suci Al-Quran bagi mewujudkan suasana seronok untuk beribadah. Kekalkan suasana seronok dalam beribadah walaupun Ramadan dan Syawal telah berlalu.

Sediakan ‘checklist’ amalan khusus

Ramadan dan Syawal adalah kesempatan yang perlu direbut untuk melakukan amalan-amalan khusus seperti menunaikan solat-solat sunat, membayar zakat fitrah, bersedekah, membaca Al-Quran dan sebagainya.

Ambil masa untuk sediakan senarai amalan khusus pada bulan Ramadan dan Syawal untuk meraih sebanyak pahala-pahala sunat yang dijanjikan. Ajak ahli keluarga yang lain untuk turut sama beribadah pada bulan yang mulia ini.

Semoga dengan perkongsian daripada Vort-X akan membantu anda membuat persiapan untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya yang akan menjelang tiba.

Adakah anda memerlukan filem penapis haba ‘tinted’ untuk Ramadan dan Hari Raya anda? Hubungi kami sekarang!

 

 

 

Book an appointment now!
Vort-X appreciates your interest with us. Feel free to say hello at our Whatsapp now!