Udara yang berada di sekitar kita adalah merupakan gabungan daripada partikel gas yang mempunyai dua cas elektrik, iaitu ion negatif dan ion positif. Terdapat pelbagai kajian berkaitan ion negatif yang telah dilakukan sepanjang zaman, contohnya kesan ion negatif terhadap pengawetan mayat oleh masyarakat purba Mesir sehinggalah kesan ion negatif terhadap bakteria E-coli.
Namun begitu, apa yang paling penting adalah mengetahui apakah itu ion negatif, dan kesan ion negatif dalam kehidupan manusia? Bagaimana pula filem penapis haba mampu membantu pengguna untuk mendapatkan persekitaran yang lebih sihat?
Apa itu ion negatif?
Secara asasnya, ion negatif adalah molekul oksigen yang mempunyai lebih elektron yang terdapat pada udara atau persekitaran. Ion negatif sering digelar ‘vitamin udara’ disebabkan fungsinya untuk membersihkan udara daripada partikel berbahaya seperti bakteria, virus, habuk, bau-bauan yang tidak menyenangkan seperti asap rokok dan zarah-zarah udara berbahaya yang lain.
Kesan ion negatif dalam persekitaran
Bukan semua yang dikatakan ‘negatif’ mempunyai kesan negatif, begitu juga dengan ion negatif. Terdapat pelbagai kesan positif ion negatif kepada kesihatan dan persekitaran. Vort-X ingin menyenaraikan beberapa kesan positifnya.
- Meningkatkan sistem imuniti tubuh badan manusia
- Meningkatkan aliran oksigen ke otak dan tubuh badan
- Meningkatkan kualiti tidur
- Mengurangkan tanda-tanda kemurungan dan keletihan pada tubuh
- Mengurangkan risiko jangkitan virus-virus bawaan udara
Guna ‘tinted’ untuk dapat ion negatif?
Tahukah anda, terdapat produk filem penapis haba yang dapat menghasilkan ion negatif? Produk-produk Vort-X menerusi Negative Ion Series adalah produk filem penapis haba yang dapat membantu pengguna yang ingin meneutralkan kuman dan bakteria di bahagian dalaman kenderaan, dalam rumah mahupun di pejabat, seterusnya menjadikan ruang peribadi anda akan menjadi lebih segar.
Menerusi Negative Ion Series, permukaan elektromagnet nano yang terdapat pada filem penapis haba Vort-X mampu menyerap dan mengionkan partikel air yang terdapat pada persekitaran seterusnya menghasilkan ion negatif.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Negative Ion Series daripada Vort-X, kami sedia membantu anda. Hubungi kami sekarang untuk konsultasi.