fbpx

Kenali istilah VLT, IR dan UV bagi cermin tinted

KENALI ISTILAH VLT IR UV BAGI CERMIN TINTED.jpg

Pemasangan cermin gelap atau ‘tinted’ bukan lagi satu kehendak kepada pemilik kenderaan, kediaman dan bangunan-bangunan pejabat, tetapi telah menjadi suatu keperluan bagi mereka yang mementingkan keselesaan. Tambahan lagi, cuaca di Malaysia yang tidak menentu menyebabkan permintaan bagi memasang cermin gelap amat tinggi.

Sebelum anda meneruskan niat untuk membuat pemasangan cermin gelap ‘tinted’, Vort-X ingin memperkenalkan istilah-istilah yang sering digunakan semasa memilih cermin gelap iaitu VLT, IR dan UV untuk informasi dan rujukan anda :

Apa itu Visible Light Transmission (VLT)

Visible Light Transmission (VLT) atau Peratusan Ketelusan Cahaya merujuk pada nilai peratusan cahaya yang dapat menembusi cermin. Bagi menjadikan kadar cahaya yang boleh menembusi cermin tersebut adalah lebih rendah, pelanggan akan mencari filem cermin gelap dengan nilai VLT Tinted yang lebih rendah.

Untuk lebih mudah difahami, lebih rendah peratus nilai VLT Tinted akan menyebabkan cermin menjadi lebih gelap. Mengikut Peraturan Penggunaan Cermin Gelap oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), terdapat spesifikasi VLT yang perlu diikuti oleh pengguna kenderaan persendirian di Malaysia.

VLT Tinted
Contoh nilai VLT yang dapat dilihat oleh pengguna kenderaan

Apa itu Infra Red (IR)

Infra Red (IR) atau sinaran inframerah merujuk pada jumlah haba yang dapat menembusi cermin. Jumlah haba yang tinggi yang menembusi cermin akan menyebabkan keadaan dalaman kenderaan, kediaman atau pejabat akan menjadi lebih panas. Pelanggan akan dicadangkan untuk mencari filem cermin gelap dengan nilai Infra Red Rejected (IRR) yang lebih tinggi supaya tahap kepanasan yang dapat masuk menerusi cermin menjadi lebih rendah.

Apa itu Ultraviolet (UV)

Ultraviolet (UV) atau sinaran ultraungu merujuk pada bahagian spektrum gelombang elektromagnet yang dipancarkan oleh matahari. Pendedahan kepada sinaran UV yang berpanjangan boleh menyebabkan kesan kesihatan kronik pada kulit, mata dan sistem imun sehingga termasuk dua masalah kesihatan awam yang utama iaitu kanser kulit dan katarak.

UV Tinted bertindak untuk menapis sinaran UV supaya kulit tidak terdedah dengan sinaran UV yang tinggi. Pelanggan akan dicadangkan untuk memilih filem cermin gelap dengan nilai UV Tinted yang lebih tinggi sehingga 99 peratus bagi menjamin kualiti cermin gelap.

Semoga perkongsian daripada Vort-X dapat membantu anda membuat pilihan yang bijak dengan menggunakan filem cermin gelap yang berkualiti dan mesra poket untuk melindungi diri anda dan orang yang anda sayangi.

Book an appointment now!
Vort-X appreciates your interest with us. Feel free to say hello at our Whatsapp now!