fbpx

5 kelebihan pasang tinted di kereta anda!

5 KELEBIHAN PASANG TINTED DI KERETA ANDA.jpg

Ramai orang telah mula menyedari filem tinted pada kenderaan bukan lagi sebuah kehendak, tetapi sebuah keperluan disebabkan perubahan pada cuaca yang ketara di Malaysia di samping kes-kes jenayah yang sering berlaku kepada pemilik kenderaan terutamanya kereta.  Tidak dinafikan pelbagai pilihan lain yang bersesuaian, namun pilihan memasang filem tinted merupakan pilihan bijak jika anda ambil tahu.

Vort-X ingin senaraikan lima kelebihan pemasangan tinted pada kenderaan anda untuk anda fikirkan dan buat keputusan sebaiknya.

Menghalang kepudaran aksesori kenderaan

Kereta anda adalah aset yang amat berharga kerana membantu anda bergerak ke mana sahaja mengikut keperluan anda. Pastinya anda mahu memastikan kenderaan anda boleh bertahan lama tidak kira kepada prestasi enjin atau keadaan ruang dalaman kenderaan anda.

Pancaran cahaya matahari yang masuk secara terus ke dalam ruang dalaman kenderaan mampu memberikan kesan jangka panjang seperti warna yang semakin pudar dan rekahan pada tempat duduk berkulit. Alternatif yang sering digunakan seperti penggunaan pelindung cahaya matahari (sunshade) untuk cermin hadapan dan meletakkan kenderaan anda di tempat yang teduh hanya mampu untuk mengurangkan kerosakan untuk sementara waktu sahaja.

Penggunaan tinted untuk kenderaan mampu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi pengguna. Tambahan lagi, filem tinted membantu anda melindungi bahagian dalaman daripada retak dan meleding.

Menghalang sinaran UV berbahaya

Semua orang terdedah kepada sinaran ultraungu daripada matahari dan lain-lain sumber bukan semulajadi. Jumlah sinaran yang kecil adalah perlu untuk penghasilan vitamin D dalam badan manusia. Walau bagaimanapun, apabila terdedah secara melampau, ia akan memberikan kesan buruk jangka pendek dan jangka panjang pada kulit, mata dan sistem imun kita sehingga penyakit kritikal seperti barah kulit.

Pemasangan tinted pada kenderaan anda boleh menghalang sinaran ultraungu berbahaya daripada cahaya matahari sehingga 99 peratus. Filem tinted menawarkan perlindungan UV yang boleh menghalang kedua-dua sinaran UVA dan UVB yang merosakkan.

Menghalang haba berlebihan masuk

Haba yang masuk ke dalam kenderaan boleh memberikan rasa hangat kepada ruang dalaman kenderaan sehingga dapat mengganggu pemandu dan penumpang. Pilihan yang boleh digunakan adalah dengan meningkatkan suhu penyaman udara pada kenderaan, namun pilihan ini akan menyebabkan anda perlu menggunakan bahan api yang lebih tinggi.

Penggunaan filem tinted pada kenderaan mampu menyekat haba masuk ke dalam kenderaan sehingga 95 peratus, bergantung kepada jenis dan gred filem tinted pilihan anda. Ruang udara dalam kenderaan menjadi lebih sejuk tanpa menggunakan suhu penyaman udara yang tinggi.

Menyukarkan cermin daripada pecah

Ciri-ciri penggunaan filem tinted yang sering dipandang biasa oleh pengguna kenderaan anda adalah impaknya apabila cermin terkena objek. Filem tinted direka untuk mengelakkan cermin daripada impak pecah yang teruk seperti serpihan kecil kaca yang berbahaya. Lapisan keselamatan daripada filem tinted mampu menyelamatkan pemandu dan penumpang daripada serpihan kaca ini sekiranya terjadi kemalangan.

Di samping itu, pencuri akan mengalami kesukaran untuk memecahkan cermin kenderaan disebabkan filem tinted yang mempunyai lapisan keselamatan sehingga kaca tidak boleh dipecahkan dengan mudah.

Penawaran privasi dan keselamatan yang lebih baik

Pilihan filem tinted yang pelbagai di pasaran menjadikan anda bebas memilih keperluan dan kemahuan untuk keselamatan dan privasi kenderaan anda. Ada pilihan yang datang dalam rona yang lebih terang, lebih gelap, peratusan haba yang masuk ke dalam kenderaan dan pelbagai lagi. Fahami semua terma berkaitan IRR, UVR dan lain-lain sebelum anda memilih filem tinted anda.

Pemasangan filem tinted bukan sahaja sebagai aksesori, tetapi lebih kepada privasi dan keselamatan anda sendiri. Tiada yang dapat melihat barangan yang berada di dalam kenderaan dengan mudah dan mengintip aktiviti anda di dalam kenderaan apabila kenderaan anda telah dipasang filem tinted.

Dengan teknologi dan ciri-ciri filem tinted yang semakin baik, lima kelebihan ini bukanlah kelebihan akhir yang boleh anda dapati apabila memasang filem tinted pada kenderaan anda. Pilih yang terbaik untuk kenderaan anda dan ukur kemampuan anda.

Vort-X sentiasa terbuka untuk konsultasi pemasangan tinted pada kenderaan, rumah dan pejabat anda. Hubungi kami sekarang!

 

Book an appointment now!
Vort-X appreciates your interest with us. Feel free to say hello at our Whatsapp now!